refresh Profile Friends; Twitter facebook follow+

A little about me.

My name is Aina Farhah. I'm fourteen years old kid soon to be fifteen years old kid.


Layout Info.

Template by Valentine Heralcia
Basecode: IzzatAzhr
Edited by Your name.



BERCUTI

Assalamualaikum , Hai pembaca setia ngeh ngeh . Sekarang aina nak kongsi benda k foinee , 27 Disember 2012 aina dengan family pergi gold cost morib . Tempat tu ada tempat main air swimming , Theme park lahkan. Oh ya , btw kakak tak ikut kitaorang pergi bercuti , sebab dia budak U and macam yang kita tau , dia mana sama cuti dengan budak sekolahkan. Never mind , kalau family cukup lagi best . Kami pergi sana tidur sana satu hari sahaja cukup sekadar bersuka ria .Walaupun kita menginap di hotel situ tapi kalau nak mandi swimming kene bayar 15 ringgit macam kat tiara beach lah kot . Sekarang kebanyakan tempat semuanya dah macam tu . 


Time mak Chek in memang dah dapat tiket untuk main air 2 tapi kitaorang beli lagi satu . Seronok apa pergi situ tak perlulah pergi jauh jauh luar negara ke apa ke yang paling penting sekali  mesti keluarga aina happy and bahagia tu je .Tandas kat hotel ni cantik gempak sehh . Hehehe , nak tau tak aku mula mula datang excited gila campak barang sini sana sebab nak tengok kolam renang kat bawah tu bilik kitaorang depan swimming itu yang best . Huurrm now barulah aina nak share beberapa gambar .















 Huurrm , cubalah tengok mereka mereka nih lepas je habis swimming , semuanya jadi pelahap , tidurlah . Aina dengan papa je taakk . Muka aku dah hitam sikit ? Tak banyak , tapi mak kata muka tak rata sini putih sini hitam . Uhhhuuukk* sedihh ni maak.




 Hari yang menyeronokkan , aina akan merindui tempat nih ceyh . Ada masa kami datang lagi !!!

GOLD COAST MORIB














OH !

Assalamualaikum , dah lama rasa tak post kan . Yupp memang dah lama dah pun ,  adalah sebabnya . K harini nak cerita pasal cousins aina datang rumah last week, kitaorang main photoshot. Itu bende wajib kalau diaorang datang rumah aina hehehe . Yang paling besar ,  angah aina lah yang dah habis SPM tuu. Before diaorang datang, angah dah siap gosok tudung dah. Nampak tak semangat dia tapi bila diaorang dah datang habis konyot dah .Dan terpaksalah gosok balik =D Yang paling kecik join kitaorang umur 7 tahun dengan 8 tahun see kecik-II dah ajar menggedik . Bukan apa diaorang yang nak. K tak naklah cakap panjang lebar just nak post gambar je eehh .Tapi gambar aina tak banyak sebab gambar aina banyak yang free hair je so sorry laah.







assalamualaikum k byeeee  =D













Assalamualaikum , hai Qistina putih . Okay sekarang Aina nak cakap pasal seorang yang unik . Yes memang dia unik pon. First day , Aina masuk asrama dengan angkat beg semua tengok "eh dia ni mesti form 4 ke kan " dalam hati jelah . Tapi tengok dia asyik ulang sini ulang sana kejap datang dorm ni kejap datang dorm sana apahal ? HAHAHA , dah lama-lama sikit baru aku tau dia form2 .  Waah terkejut beruk aku . Aku tak tau kenapa aku tengok dia rasa takut , dia kekadang suka pandang orang  kerek . Pastu aku pelik apasal orang lain dengan dia okay je " kenapa aku takut ? " haha biar jelah . Qistina dia pandai english . Kalau nyanyi lagu enggeris paling aku suka , sedap sangat . Kadang-kadang kesian kat dia sebab selau kena bahan dengan orang sebab dia unik hehe. Bulan berapa eh Aina baru rapat dengan dia ? Dah lupa dah . Ingat tak lagi waktu kem rukunegara tu Aina sekhemah dengan Qistina dan Haliza .

 Seronok sangat , Aina tidur tengah-tengah , waktu hari kedua sebelum balik . Aina sebelum tidur gelak-gelak dulu macam orang gila sampaikan khemah sebelah datang suruh diam .  Sakai . Dapat jugak Aina tidur dengan orang yang unik nih . Dulu jumpa dia ke selisih ke kata HAI pastu malu-malu tapi sekarang jangan cakap HAI menari depan dia macam orang gila pun Aina tak kesah dah . Waktu kita lawan nasyid pun dalam bas duduk dengan Qistina , Lepas tu Aina ada tidur macam apa weh , dia gelakkan ,  Aina pun tersedar gelak sekali . Dia tak suka orang terkejut kan dia time tengah makan ke , eh betul ke ? Aina main cakap je , hehehe . Dia ni sweet dengan Syed . HAHAH , Aina batak dengan bibir dia .

 Tak tau kenapa sebab Aina suka sangat . Qistina kalau gelak comel , walaupun kuat . Dia handsome bagi Dayang hehe . Aina ingatlagi time dorm Aina ada perjumpaan dia datang dorm Aina semata-mata nak mintak bedak , sapu punya sapu semua orang tengok dia comel gila , dengan rambut dia tu . Dia kadang-kadang suka menyanyi tiba-tiba hahaha . Dia ada minat seorang lelaki ni nama samaran bedah kan ? Yelah kot. Kalau kau nak tau semua budak form1 kata kau garang , sebab aku pernah tanya diaorang . Qistina kau tau tak kau suka bagi nasihat kat orang , aku suka. Bila ada apa-apa event kau cakap kat microphone ke apa ke , cara kau cakap siries weh , nampak macam budak pandai , bukan nampak memang pandai pun . Waktu ada hari kemerdekaan kat asrama pun sama dengan dia . Qistina the best photographer .Yang paling suka dia kata Aina NATURAL Beauty. Okaylah dah tak tau nak cakap apa dah . Bye .


KAWAN

Assalamualaikum, sahabat. Waktu pertama kali Aina masuk asrama memang  masuk sama-sama dengan pelajar lain hari Selasa kalau tak silap Aina lah . Malam tu solat kat surau sekolahlah kan aku pelik bilalah nak makan malam ni "padahal makan pukul 6:00 petang" ehehe , Aina pikir makan lepas solat isyak ke ramai-ramai baca doa sama-sama hehe .Rupanya tak ,waktu pukul 6 petang tu Aina sibuk kemas loker waktu sumpahlah cakap takada kawan langsung, Haziqah pon masuk asrama dalam minggu kedua kalau tak silap Aina . Okay balik cerita makan , kat surau tu tak silap tanya Fitriya " apa ni nanti tak ada makan malam eh ? " lepastu fitriya jawab " ada supper pukul 11:00 malam nanti " ehehe aku dalam hati lambatnya makan malam boleh gemuk aku nanti. Perut aku memang lapar gila bunyi krutt-krutt.Haha malam tu memang tak ada prep lagi sebab first day kan warden pon suruh semua turun Dewan Makan. kitaorang poon turun ramai-ramai aku join geng form2 lahkan tapi tak mesra sangat macam sekarang.

Warden cakap-cakap kejap pastu dah boleh naik dorm dalam pukul 10:45 tiba-tiba cikgu panggil "siapa pelajar baru masuk asrama tahun ni sila turun semula balik" okay Aina pun turun sumpah Aina cakap turun sorang-sorang waktu tu dah sampai bawah Aina duduk dengan Farhanah orang panggil dia NANA Aina fikir dia form2 tapi form1 , oh waktu tu Aina tak kesah laah.Tiba-tiba terus supper lah makan roti dengan air milo tiba-tiba dalam hati Aina terdetik "malam ni makan ni je ke ? kenapa tak makan nasi errk ? " dalam hati Aina , lawakkan.Okay Aina sebenarnya lapar tapi perut tak terima roti tu Aina hanya minum air milo je , pastu ajaklah NANA tu naik atas jomm. Tiba-tiba bagitau HAZIRAH dengan AMIRA ILYANIE ,"Huurrm esok pagi nak pergi solat kalau kita tak bangun kejut kan tau " dieorang pon jawab "okay Aina " okay mekaseh.Tiba-tiba fitriya kata Aina malam ni akak-akak nak buat perjumpaan kiranya nak ta'aruf lah ni.Lama lah jugak sampai pukul 12:00 kot Aina mana biasa tidur lambat , hehe. 

Lepastu dah boleh tidur . Malam tu dalam pukul 3:00 pagi rasanya Aina sakit perut sangat Ya Allah tersangatlah sakit di dada ni pusing kanan pusing kiri , dah lah belah kanan dengan kiri tak ada sesiapapun . Nasib Aina tak fikir apa-apa . Aina cuba bangun nak tengok orang kan sebab Aina katil atas tengok semua tengah tidur , masa Aina bangun kejap tu terasa lah macam benda nak keluar dari rongga mulut tu tau dalam hati Aina pon berkata "alamak , nak muntah ke ni taknaklah pergi tandas sorang-sorang " pastu amik keputusan baring balik , pejam celik pejam celik je Aina ni.Tak nyenyaak tidur. Pastu dah pagi solat subuh diaorang kejut Aina pon bangun terus terasa nak muntah dah kat katil tu tiba-tiba akak senior bawah Aina ni cakap " nak turun-turun lah cepat" sebab dia nak tegangkan katil oh cara dia cakap marah betul.Turun cepat-cepat pergi luar muntah kat tog sampah bluweeekk . 

HAHA, pastu amik telekung pergi surau solat semua pastu junior form1 dengan form 2 kena baca Al-Mathurat tengah baca-baca tu terasa nak muntah pastu pergi luar muntah kat luar HAZIRAH ikut sekali.Aku rasa dalam satu hari tu memang aku banyak muntah , okay satu sebab tak makan satu lagi ada petanda oh yeaah.Dalam DM muntah depan rumah warden dekat bilik rehat muntah pastu pergi klinik doktor kata hampir nak kena gastric , aku okay , balik asrama still sakit tidur jap atas katil Haliza lepas makan ubatlah pastu sakit lagi bagitau cik Zaki nak balik , cik zaki kata boleh aku pon caall mak , suruh amik.Mak pon amik pikir esok pagi pergi klinik lagi sekali dan kalau tak ada apa-apa boleh mak antar aah balik asrama petang tu.Tapi tiba saspek appendix , Aina tak tau sebenarnya tu apa , Aina pon ha apa tu mak aah tak nak kena opparate , pastu mak kata pergi cek je dulu cek punya betul terus masuk ward malam tu bedah dapatlah MC 19 hari sambung cuti raya cina seminggu HAHA , kiranya aku tak skolah sebulan awl tu .Oh ya diaorang banyak tolong Aina waktu sakitt.Mekaseeh .

SEBULAN KEMUDIAN



Oh ya dah sebulan duduk rumah sebab sakit , pastu dah habis cuti tu balik asrama tengok dah ramai dah orang HAZIQAH dah masuk hostel , Ain pon ada sebelah loker aku , Arifa pon sebelah katil aku . Aku sampai je "Haii Aina macam mana dah sehat ? Boleh tak angkat beg tu  ? " waktu tu Aina nak nangis sebab tak nak balik asrama nanti rindu mak , pastu Aina jawab " okay boleh tak apa " . Pergilah loker , kemas semua.Pastu ada duaorang yang Aina tak pernah nampak sekali jelaah pernah nampak mereka usha Aina dan sambil ketawa dalam hati Aina " kenapa dengan diaorang ? Takutlah pulak aku , nak menangis pon ada " okey pastu dia tegur bla-bla , tiba2 kita jadi kawan rapat , 

HAHA , pastu sorang ni pernah cakap " Aina kan firts2 dia masuk SOMBONG gila " oh ya sombong ke ? " Aina jawb mana ada " pastu dieorang " yer kalau tak , ko diam je tu pon aku yang tegur kau " okeyy fine .Sebenarnya setulus hati Aina nak kata , Aina tak suka orang kata Aina sombong dengan muka yg serius la kalau muka saja2 nak main-main tak apa Aina tau ni muka memang nak marah , Aina nak mengalir kan air mata dah waktu tu tapi tahan malu la kalau nangis . Simpan punya simpan kawanlah dengan mereka beriempat sebab meja prep kita sama . yang lagi empat tu pon aku kawan jugak. Mereka pernah cakap pergi sekolah memang sama-sama tapi bila dah sampai sekolah nampak geng kau pergi je , SO WHAT ADA MASALAH ? , okay aina rasa sangat takut sebab diaorang semua dari sekolah yang lain. Kawanlah dengan mereka sampai akhir bulan 9 tiba-tiba aku terdetik aku tak tahan sangat dengan sorang tu .

 Okay maaf kalau awak terasa diri awak dipalau . Kau tau tak aku dah banyak kali menangis sebab kau ? Okay maybe itu tak penting tak apa . Tapi saya nangis dekat outsider , pastu baru budak asrama. Sampaikan Aina cakap kat someone ni "weeii , next year aku rasa aku tak boleh duduk sini lagilah " tiba dia pulak cakap "alaah janganlah nanti aku tak ada kwan ", okay ! Maybe kau tak kesah tapi tak apa.Kau pun pernah buruk-burukan kawan aku kat depan aku kau tau , lepastu aku bagitau kawan aku dia menangis weeh kau cakap macam tu , mungkin kau  kata "ada ke ? " yes memang ada.Okay aku pendam dalam hati , memang orang selalu cakap kalau ada apa-apa masalah face to face lagi senang . Tapi biasalah kita nak jaga hati kawan right ? Okay kau tak kesah sebenarnya kan . Okaylah kau pernah cakap Aina ni apa erk ? Talam dua muka eh ? Ouuh , betulah tu tapi jangalan cakap macam gitu , tak sopan .

 Aina pon rasa betol kat asrama Aina rapat dengan mereka kat sekolah dengan mereka . Kaann , maybe kalau Aina ada kat tempat mereka mungkin Aina akan cakap benda yang sama tu , tapi Aina takadalah cakap macam tu , sebab Aina ni jenis tak kesah sebenarnya ,kekadang korang ngumpat Aina depan Aina pastu korang cakap " kau dengar tak Aina ? " aku cakap ha apa tak dengar pon " bukan aku saja buat pekak tapi banyak kali kadang2 korang cakap pasal aku tapi memang betul aku tak dengar mungkin Allah memang sengaja tak nak kasi aku dengar benda yang tak baik . Right ? Okay lah finally Aina nak cakap minta maaflah kalau awak baca ni sedih , menangis or whatever , sory tak ada niat puun . Apa ni number phone kau kat dalam phone aku pun masih ada , aku tak buang-buang lagi ,dan memang aku tak akan buang pun " huurmm aku tak taula dalam phone kau tu ada number aku ke tak " post aku yang pasal kau tu pun aku tak buang sebab blog ini seolah-olah macam diari kita , jadi kalau kita baca balik kita akan rindu dan menangis dan whatever , jadi janganlah menangis sahabat . Bye , assalamualaikum .
-AINAFARHAH SWEETLOVE-



METROPOINT

Assalamualaikum , okay benda ni sebenarnya dah lama dah nak cerita tapi takada masa . Last week , kelas 2 fikrah kelas Aina lah tu , kitaorang ada buat jamuan kelas kat metropoint. Ada orang cakap metropoint ? ape barang , oh tidak itu salah , kat mana-mana pon boleh sebenarnya asalkan kami happy bersama-sama . Ramai jugaklah kawan sekelas datang nasib baik dieorang bagi kerja sama .This year lagi best rasanya berbanding last year tapi last year poon best jugak walaupun kat kelas .Aina pergi tumpang mukhlisah sebab Aina memang tak tau kat mana sebab Aina pernah pergi sekali je metropint ni , sedihh kan .Tumpang mukhlisah pastu pergi amik Haziqah dekat sekolah sebab dia memang tak taulahkan rumah dia dekat Ampang.Dan sampai-samapai terus pergi KFC tengok dah ramai orang tengah tunggu nak makan je ni  , 12:15 lah sampai makan makan sampai pukul 1 . 

Pastu terus pergi main bowling siapa nombor satu erkk ? Dah lupa dah . Lepas dah main bowling myra ajak karoeke , kitaorang hurm okaylah , amik 2 jam je.Before karoeke pergi solat dulu , solat kita utamakan tau , lepas tu baru karoeke sampai pukul 5:00 pastu jalan-jalan pusing-pusing satu metro point , shoooppiing la tuh.Kitaorang belikan hadiah untuk myra Hello Kitty .Pergi baskin robbins , cool blog pastu syafiqah lagi siapa erk , order makanan .Dah pukul 6:00 mukhlisah call mak dia suruh amik kitaorang , mak dia surug tunggu depan bank pergilah duduk kejap kat depan restaurant satu borak-borak lama sikit maknya dah sampai . Okay cerita ni lawak , masa kitaorang nak melintas nak pergi seberang tiba-tiba kerta mak mukhlisah bunyi hon yang agak panjang oh ya bagi Aina itu lawak sebab Aina ada kat situlahkan . Panggil oran , nasib baik suruh tolong then boleh nasib baik kejap  kalau tak tergelaklah aku dalam kereta tu dengan haziqah dan mukhlisah . Okay habis cerita dia , mekaseh korang , happy sangat hari tu .

















Assalamualaikum . Bye .Happy gila dengan korang hari tu mekaseh sebab jadi kawan Aina semuanya sporting . 











BIRTHDAY GIRL


Assalamualaikum , sekarang Aina nak cakap ni kat kawan Aina . Siti Mukhlisah you are my friend hehee wei kau dah 14 tahun dah hari ni so kau dah besar lah ni . Sayang kau weei , kita dah kenal lama dah dari darjah satu lagi , huurrm kalau bergaduh itu biasa manusia takkan larilah dari bende ni .Okay lah semoga panjang umur , murah rezeki and good luck PMR next year.Tu jelahh aku nak cakap kat kau oh ya lagi satu hadiah hari last sekolah aku bagi , mekaseh ats hadiah kau .


  




  Okay bye . Asslamualaikum .



                                                                                                                         -Aina Farhah-









setia dengan syria pink

Assalamualaikum. Sekarang Aina nak cerita ni , semalam rumah mak ngah Aina ada buat bacaan yassin lah untuk abang sedara Aina dia nak pergi India sambung belajar kat sana so makngah buat sekali dengan Open House lah kiranya .Aina dengan family datang awal lahkan sebab nak tolong mak ngah lepas dah tolong tu kitaorang masuk bilik then snap beberapa gamabar yang Lawa ni .Huurm okaylah scroll kan kat bawah ada gambarnya .





-ainafarhah-